Ibu..Ayah..Andaiku Menangis Air Mata Darah #

100% of 100
RM 29.70 RM33.00 -10%
Kod Produk: #9789672910107
Status: In Stock
Berat: 0.265kg | 184 Mukasurat
Stok: 5 unit
+ BELI SEKARANG
Sinopsis & Review

Tajuk: Ibu..Ayah..Andaiku Menangis Air Mata Darah
ISBN: 9789672910107
Penerbit: Karya Pis Sdn Bhd
Penulis: Dr.Kamilin Jamilin
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 184
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.265 kg 
Dimensi (cm): 21.5cm x 14 cm x 1.1cm


---------------------------------------------


Ibu dan ayah; sebuah topik yang sangat berat untuk ditulis atau dibicarakan. Bukan kerana kandungannya yang berat untuk dihadam. Bukan juga kerana perbahasannya sangat teknikal dan rumit untuk difahami. Namun kerana besarnya hak yang dimiliki oleh insan yang bergelar ibu dan ayah serta beratnya amanah yang perlu dipikul oleh seseorang anak untuk melunaskan hak mereka.


Penulis juga sering menerima pelbagai luahan dan persoalan dari orang ramai berkaitan ibu bapa masing-masing:



“Mak saya sejak kecil sudah tinggalkan saya, sekarang tiba-tiba pula dia datang mencari saya, namun saya sudah tawar hati kepada ibu saya. Mungkin dendam juga ada. Kalau saya mengabaikannya seperti dia mengabaikan saya dulu, adakah saya dikira durhaka”?



Ada juga:



“Ayah saya terlalu keras orangnya. Sejak dulu asyik kena ikut cakap dia sampai kami dah berkahwin pun, ayah tetap macam dulu. Tapi ayah dah uzur sekarang. Kalau ayah tinggal dengan kami, kami takut tak dapat tahan dengan sikapnya. Bolehkah kami menghantarnya ke rumah orang tua”?



Ada juga:



“Musim pandemik ni saya tak berani nak pulang menjenguk mak di kampung, takut apa-apa menimpa mereka. Saya selalu menelefon mak bertanyakan khabar. Tapi mak selalu berkecil hati dengan saya dan menuduh saya sengaja menjauhinya atau telah melupakannya. Saya jadi serba salah di sebalik saya ingin mendahulukan maslahat nyawa dan kesihatan mak. Apa yang perlu saya lakukan”?



Ada juga:



“Saya seorang pelajar. Sekarang Allāh uji saya dengan ayah yang menderita sakit kanser. Saya perlu menjaganya walaupun ayah tidak pernah membebankan saya. Ayah menyuruh saya sambung belajar dan jangan risau akan dirinya. Tapi saya dalam dilema, adakah saya perlu menurut hasrat ayah saya untuk saya teruskan pengajian atau saya perlu berada di sisi ayah berkhidmat untuk beliau”?



Ada juga:



“Ibu saya jenis yang suka berfikir negatif kepada saya terutamanya kalau dia tak nampak sendiri dengan matanya. Ibu juga jenis yang mengongkong dan ada peraturan tegas yang perlu diikuti kalau kami di rumahnya. Kami selalu bertengkar kerana berlainan fikiran, karakter dan cara. Saya cuba menahan sabar, tapi sukar sebab ibu selalu merasakan dirinya betul dan tidak boleh dibantah”.



Ada juga:



“Ayah saya selalu pergunakan ibu saya untuk minta duit atau apa-apa daripada saya. Saya tak kisah, tapi saya geram sebab ayah selalu menengking ibu dan tidak melayan ibu dengan baik. Sudahlah keperluan rumah dan hidup ayah sejak dulu semua ditanggung oleh ibu, sebab ayah tak mahu bekerja walaupun mampu. Saya tak boleh tahan tengok ibu saya selalu menangis dan bersabar. Ibu saya pula sering meminta saya untuk turutkan sahaja permintaan ayah. Saya sebenarnya nak sahaja minta ibu berpisah dengan ayah dan bawa ibu tinggal bersama saya, tapi ibu tidak mahu. Ayah seperti tembok penghalang untuk saya berikan segala yang terbaik kepada ibu saya. Apa yang perlu saya buat”?



Dan pelbagai lagi cerita dan persoalan yang diterima oleh penulis.Setiap permasalahan itu sangat subjektif dan perlu diambil kira pelbagai situasi serta perkara. Namun penulis mengharapkan setiap pembaca dapat mencari jawapan masing-masing setelah memahami topik ini dengan sebaiknya melalui buku ini.


 


 


 

Komen